Wednesday 30 December 2015

OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


PENGENALAN
Pengurusan islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis.Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.

Sistem pengurusan islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana is berpandukan
Al-quran dan sunnah.Pengurusan islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus,ketua,pemakmur,alam mengikut kerangka berfikir,nilai dan prinsip islam.

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.Selain itu,objektif  sesebuah organisasi  merupakan gagasan  yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi.Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.


MATLAMAT UMUM SYARIAH.
(Maqasid Syariah)

Menururt konteks pengurusan islam,objektif umum sesebuah organisasiseharusnya tidak lari daripada matlamat umum syariah islamiah.Maqasid ini  membuktikan bahawa Islam ialah system hidup yang lengkap,komprehensif,relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan .Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan,kehendak dan aspirasi kehidupan dapay dipenuhi serta terpelihara.Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid  syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah,kepentingan dan serta kehormatan individu si samping memelihara  keharmonian hubungan sesama manusia.Oleh itu,untuk mencapai objektif pengurusan islam,strategi,etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlu seiring dengan matlamat syariah islam


Maqasid syriah secara umumnya ialah lima prinsip islam yang asas
1) Menjaga keselamatan agama.

*Merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkaitan rapat dengan soal akidah.Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititik beratkan.Kegiatan yang dilaksanakan perlulah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang.Sebaliknya,kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.

*Dalam masa yang sama, islam mengharamkan segala bentuk perbualan yang membawa kepada syririk terhadap Allah.Contohnya,menilik nasib,sihir,perkara khurafat dan sebagainya.Oleh itu,cara untuk mengatasinya ialah setiap muslim hendaklah berhati-hati semasa menjalani kehiduppan ini agar tidak tersasar daripada landasan akidah.

*Dalil: Sabda rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang menukar agamanya(murtad),maka bunuhlah dia. (hadis riwayat:bukhali)



  2) Menjaga keselamatan jiwa (nyawa).

*Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia.Kegiatan yang boleh menggugat atau mangancam nyawa manusia hendaklah dihindari

*Mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkandan membahayakan nyawadan orang lain.Oleh sebab itu,islam mengharamkan perbuatan membunuh,bunuh diri,pengeboman dan sebagainya kecuali atas sebab-sebab yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-quran seperti hukuman qisas,hudud,dan ketika perang.

*Contohnya,islam mengharamkan pengguguran anak kerana ia dianggap sebagai membunuh,namun jika didapati oleh doktor pakar bahawa kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa si ibu,maka penggugurang diharuskan .Selain itu,islam mengharamkan segala amalan  tidak sihat yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan manusia seperti merokok,vape,minum arak dan sebagainya.

*Dalil : “Dengan sebab(pembunuhan kejam) yang demikian itu ,kami tetapkan atas bani Israel,bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau melakukan kerosakan di muka bumi,maka seolah-olah dia telah membunuh manusia,maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya” (surah al-maidah 5:32)


3) Menjaga keselamatan akal.

*Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.Selain itu ia  merupakan keistimewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal juga perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan.Islam menitik beratkan aspek kewarasan akal fikiran kerana akal merupakan potensi anugerah illahi yang tiada ternilai kepada manusia sehingga dapat membezakan yang hak dan yang batil.Islam menggalakkan umatnya menyuburkan akal dengan ilmu pengetahuan dan takwa kepada ilmu.

*Selain itu,kerana pentingnya kedudukan akal dalam kehidupan manusia.maka islam mengharamkan segala unsur yang boleh merosakkan fungsi.Contohnya,meminum arak dan segala benda yang memabukkan.Islam mengharamkan segala pengisian minda dengan sesuatu yang ridak bermanfaat seperti melihat benda lucah dan melihat laman sesawang yang menyeleweng

*Dalil: “wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak,judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor(keji)dari perbuatan syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya”
(surah al-maidah 5:90)


  4)Menjaga keselamatan maruah dan keturunan.

* Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.Segala bentuk yang membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.Menjaga keturunan iaitu memelihara manusia dari melakukan penzinaan supaya nasab keturunan,perwalian dan perwarisan anak-anak yang lahir hasil daripada persetubuhan haram itu tidak rosak.Orang yang melakukan penzinaan wajib dijatuhkan hukuman sebat dan rejam.

*Islam mengharamkan zina dari awal lagi kerana ia boleh merosakkan keturunan yang baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah.Bukan sekadar itu sahaja,islam mengharamkan perbuatan yang terlarang contohnya,berdua-duaan dan berkhalwat

*Dalil: “Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan) (surah al- isra’ 17:32)


5)Menjaga keselamatan harta
*Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan   atau maqasid al-syariah.Harta kekayaan merupakan rezeki kurniaan illahi kepada setiap makhluk yang menghuni alam semesta ini.Harta boleh memberi manfaat kerana jika harta digunakan menurut kehendak syarak,maka harta tersebut memberi manfaat kepada tuannya.Islam telah menggariskan  panduan berkaitan mencari harta yang diwajibkan iaitu harta mestilah diperolehi melalui jalan atau cara yang halal.Selain itu, harta wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisab.

*Sebagai contoh, seorang wanita dilarang sama sekali menjual dirinya / melacurkan dirinya dengan alasan untuk menyara kehidupan keluarganya.Begitu juga seorang yang berjudi dan merompak demi mencari rezeki untuk keluarganya.

*Dalil: ‘Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka(hukumnya)potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah  dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana.


PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakkan atau perlaksanaan. Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Maka prinsip sebuah negara Islam melibatkan prinsip-prinsip yang berikut 

  Al-Syura
  Al-Ubudiyyah
 Al-Hurriyah
  Al-Musawah
 Al-Adalah


  


AL-SYURA

Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskandengan nyata di dalam al-Qur’an dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:

*Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.

*Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.

*Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

*Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.

*Syura akan meningkatkan komitmen pekrja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

*Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila perbincangan dan membuat keputusan bersama.



Oleh kerana Syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka merekayang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut:

*Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.

*Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan. 

*Seorang yang jujur dan bertaqwa.

*Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak
.
*Seorang yang adil.

*Seorang yang berilmu dan terpelajar.

*Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.

Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteksorganisasi melibatkan perkara-perkara berikut:

*Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.

*Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
.
*Meluluskan program-program kewangan.

*Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.

*Menggubal peraturan-peraturan organisasi.

*Mengulang kaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.

*Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi.

*Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.




AL-UBUDIYYAH

Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang melibatkan maklumat dan prinsip utama manusia sebagai haba Allah SWT. Seluruh kegiatan seseorang individu dan seluruh kegiatan dalam organisasi perlulah berpegang pada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah SWT merupakan landadan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991)

Allah berfirman dalam surah Al-Nahl yang bermaksud:
" Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepadaNya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah SWT "
(Surah Al-Nahl 16:51-52)

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah SWT untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut.

*Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk beribadat sedangkan manusia boleh beribadat dimana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat perniagaan.Hal yang demikian kerana Allah mengetahui kesemua perlakuan ibadat dan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada penciptanya.

*Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah SWT serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadanya.Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lagi. Firman Allah yang bermaksud:



‚‘‘ Bukankah Aku Tuhan Kamu ?‘‘ Maka jawab roh : ‚‘‘ Ya, kami bersaksi supaya Engkau tidak menyatakan pada hari kiamat : Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini.
( Surah al-araf 7 : 172 )
Allah ada menyebut lagi dalam firman-Nya yang bermaksud :


‘’ (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka : Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan Engkau? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. ‘’


Dalam konteks organisasi konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu malah dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara yang penting yang berkaitan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti berikut:

*Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh islam.

*Cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT. Konsep ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam disamping menegaskan penolakan terhadap konsep ‚‘‘matlamat menghalalkan cara‘‘.

*Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT. Maka budaya yang bernafaskan nilai islam akan wujud di dalam organisasi tersebut.

  

Jika konsep ubudiyyah jika difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan positif pada pembentukkan watak dan budaya organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan termasuklah yang berikut:

1.Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dalam agama. Hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitif terhadap arahan dan tegahan dalam agama islam. Oleh itu, perkaitan ini dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi

2.Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi suatu yang positif sejajar dengan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang kearah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

3.Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.

4.Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang positif dalam organisasi.

Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana konsep ini dapat membentuk individu yang baik dan berperanan memajukan organisasi. Individu yang baik mampu mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.

  

AL-HURRIYAH

Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusian yang melibatan perkara-perkara yang berikut :

1.Kebabasan bergerak.
2.Kebebasan menuntut ilmu.
3.Kebebasan memiliki dan mencari harta.
4.Kebebasan bersuara.
5.Kebebasan berfikir.
6.Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:

*Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

*Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.

*Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam.



AL-MUSAWAH

Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan ,tanggungjawab dan ketaqwaan. Firman Allah Yang bermaksud:

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku - puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu d isisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu) ".

Pelaksaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :

*Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.

*Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.

*Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.

*Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.



AL-ADALAH


Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ( siddiq,2003 ). Menurut Mawardi ( dalam Rasid,2008 ), keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut:

*Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.

*Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.

*Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.


Kesimpulan

Dalam bab ini, kita telah membincangkan tentang pandangan semesta Islam tentang Allah, manusia, alam, ilmu dan nilai. Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai dan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa. Selain itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai. Sesungguhnya sarjana pengurusan dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat memberi satu definisiyang tunggal untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan pentadbiran sentiasa bercampur aduk antara satu sama lain dan tiada garis pemisah yang jelas. Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti cendawan tumbuh. Namun demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul.

 Sumber rujukan

*Buku teks pengurusan dalam islam
*Asmahan mokhtar merupakan Ketua Jabatan di Jabatab Pengajian Am,Politektik Sultan Azlan Shah.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.
*Nurshahiza Mohamad Isa merupakan pensyarah di Politeknik Seberan Perai .Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah terlibat dalam penulisan Kurikulum Politeknik bagi kursus-kursus Pendidikan Islam.
*Internet(google)

No comments:

Post a Comment